Sunday, February 4, 2018

Volunteer Sea Games Kuala Lumpur 2017

So 20-30 August 2017 lepas ialah tarikh berlangsungnya temasya gilang gemilang ni kat Malaysia. And I feel proud of being part with the volunteer team.

Aku dapat tugas as a sukarelawan venua kat Pusat Ekuestrian Putrajaya. Kerja aku senang je cuma pastikan peralatan peralatan kat venue perlawanan mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Game yang berlangsung kat sini adalah Ekeustrian Polo yang pada permulaannya aku anggap aku dapat tempat kat game yang paling sendu di dunia. Masa tu aku taktau lagi siapa participants game ni. Lepas tau tu mak aih rasa beruntung gila jadi sebahagian yang menjayakan game ekuestrian polo kat sukan sea ni haha.

Game pertama yang berlangsung di hari pertama pagi tu Singapore vs Thailand. Petang tu pulak Malaysia vs Brunei. Hari tu aku rasa dapat pengalaman yang tak pernah aku bayangkan. Gila kau game start 4pm tapi pukul 1pm dah ramai manusia datang berpusu pusu sebab nak tengok Prince Mateen!! Aku pulak jaga crowd kat bahagian public. Bayangkan dengan makcik makcik yang jenis dah sakit kaki kalau berdiri lama pun join sekali budak budak tak matang fangirling over Prince Mateen. Malaysian people are definitely crazy duhhh. Wtf dude.... datang bukan sebab nak support Malaysia tapi sebab nak tengok ketampanan Prince Mateen dengan mata kepala sendiri. Aku sebagai rakyat malaysia dan seorang perempuan berasa sangat malu tengok perangai sebahagian perempuan perempuan melayu terkinja kinja masa perlawanan tu berlangsung. Seriously......

 Dan aku juga terpaksa menadah muka aku di bawah cahaya matahari demi mengawal keadaan semasa perlawanan berlangsung.

Nasib baik Malaysia menang gold game ni. Berbaloi la jugak kehitaman aku sepanjang temasya sukan walaupun takde kena mengena hahaha. 

Tapi pengalaman menjadi sebahagian daripada wow factor team ni memang paling berharga la aku kira. Lepas ni taktau lagi bila pulak temasya camni nak berlangsung kat Malaysia dan yang paling penting berpeluang ke aku nak jadi sebahagian darinya?

#RisingTogether
#BangkitBersama




Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All