Wednesday, September 13, 2017

Latihan Khusus Sukarelawan Sukan Sea 2017

So 15 julai ritu aku g latihan kedua nak jadik sukarelawan Sea Games. Kejap je latihan ni datang pagi tu nak daftar pagi tu lagi lama rasanya dari briefing dalam dewan haha. Sebab masa daftar yela dia nak bagi file, baju lagi pastu kena amik gambar plak untuk kad akreditasi sukarelawan nanti. Banyak benda ah.

Yg aku nak cite sekarang ni masa aku apply nak jadi volunteer ni tahun lepas, aku mintak letak kat bahagian sajian sebab macam tu je paling senang an haha. Pastu masa latihan khusus ni volunteer untuk sajian bapak ramai 4++ dorang nak pakai dalam 2++ je. So yang selebihnya terpaksa tukar bidang tugas lain. Dorang bagi banyak pilihan lah nak pilih penginapan ke pengangkutan ke LO ke or sukarelawan venue. So aku pilih la nak jadi volunteer venue en sebab boleh pilih venue mana kita nak aku pilih la putrajaya huhu. Tapi taktahu lah sukan apa dua minggu lepas tu baru dorang sent email bagitau. 

So pengisian masa latihan khusus ni dorang just briefing roughly jela pasal bidang tugas. Sebab masa latihan aku ni ada team sajian ngan penginapan je so dia bagitahu jela apa je yg kitorg kena buat apa semua en. 

Dan keistimewaan apakah yang sukarelawan akan dapat. Hahahaha ni ditunggu sebenarnya. Soooooo kitorang dapat token makan rm50 sehari, kad akreditasi (kad akses sukarelawan) which is free akses utk semua perkhidmatan rapid kl (lrt, mrt, monorel, bus) *best en* hahaha tapi erl tak free dah la mahal :( ok pastu dapat baju dua helai, seluar sehelai pastu raincoat pastu topi. Pastu dapat apa eh lagi tu je kot. Oh yang paling best sekai dapat code promo grab car discount rm15 best ke idokkk hahaha. 

Kejap jela latihan ni sebelum zohor dah habis. Perlajanan aku nak g ukm kali ni yes aku sengsorang je sebab akak hosmet aku tu dah balik terengganu dah :( pagi tu aku keluar awal sebab aku decide nak naik bas je taknak naik erl (saving) hahahaha bas nadi putra paling awal keluar aku check 6.30 pagi. Tapi kebarangkalian lambat sangat tinggi sebab masa tu weekend en. Aku naik grab g putrajaya sentral sebab aku tak yakin bas tu lalu depan rumah huhu. So aku naik bas no berapa tak ingat g ktm serdang rm2.50 je then naik ktm dari serdang g ukm. Banyak gak ah saving kalau naik erl sekali naik je nak g tbs dah rm8 :( balik pun aku guna style yg sama huhu. Tu jela kot nak citer kbye 


Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All