Friday, May 12, 2017

Latihan Umum Sukarelawan KL 2017




Hi everyone.

Sebenarnya nak update lama dah tapi atas kekangan masa aku maka baru harini la di update πŸ˜‚

So 18 & 19 Feruari 2017 yang lepas, aku pergi latihan umum untuk sukarelawan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Nak jadi sukarelawan pun kena ada latihan tau. Dia buat dua kali actually, satu umum satu lagi specific maksudnya yang lagi satu tu latihan untuk bidang tugas kita je. Contohnya macam aku, aku amik bahagian sajian. So latihan specific nanti semua sukarelawan untuk bahagian sajian jela. Belum start lagi yg tu, dengar cerita bulan jun - julai nanti. Yang umum ni semua sukarelawan sebab benda sama je. Aku pergi kohort yang ke-13 ada dalam 432 orang.

Best gila wa cakap sama lu. Expectations aku sebelum pergi latihan umum ni ya it'll be bored dengar ceramah bla bla mesti mengantuk apa semua. Tapi tak. Serious tak. Slot semua best. Penceramah pun best. Sukarelawan lain semua sporting habis. Happening ah. Kitorang siap buat mannequin challenge πŸ˜‚ boleh tengok kat ig aku.

Kena tidur kat ukm 2 hari 1 malam. Makan pun dia bagi. Breakfast, lunch, dinner, supper semua ada.

Sebab aku juga dalam kategori noob naik public transport, aku ajak sorang akak ni (kawan tempat kerja), tak ajak la aku paksa dia teman aku g ukm since dia pun grad ukm gak(so dah biasa). Dia pun dalam rela-terpaksa teman jela aku sebab weekend tu dia tak buat pape pun. Naik erl dari putrajaya sampai terminal bersepadu selatan (TBS) rm8. And then naik ktm seremban line pergi station ukm dalam rm3 lebih tak silap. Dari station ukm kena jalan sikit ke seberang jalan tunggu bas ke ukm. Bas tu free je utk student, org luar bayar rm1. Dah sampai ukm masa nak daftar kat dewan gemilang tu, aku paksa plak dia join volunteer tu supaya aku tak tidur sebilik dgn stranger πŸ˜‚πŸ˜‚ dia dah la memang tak standby baju dan toiletries semua tu haha sebab dia nak jumpa junior dia jap kat ukm then balik putrajaya. Tapi tukar plan suruh junior dia bawak dia balik putrajaya amik barang sebab nak join volunteer kahkah.

Time tu aku daftar pukul 11 camtu sempat la dia balik putrajaya jap sebab program start pukul 2.30 petang. Dorg sediakan dua asrama Kolej Keris Mas ngan Kolej Pendekar Zaaba untuk penginapan volunteer dan bas khas utk g dewan kuliah semua tu. Ok lah. Tak de la renyah sangat volunteer semua ni. Slot pun semua tak bosan and happening gila. Ada 7 modul semuanya. Ko bayangkan dorang habiskan 7 modul dalam masa tak sampai 2 hari. Memang padat lah tentative program dia tapi berbaloi.

Modul 1 pasal Kenegaraan, Patriotism dan Isu Semasa. Biasalah nama pun jadi volunteer peringkat asia so objektif modul ni cam nak menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan sukarelawan. Slot dan pengisian yang menarik. Cuma masa sangat terhad.

Modul 2 : Pengenalan Latarbelakang ASEAN dan Sukan SEA. Kena la jadi sukarelawan yang berpengetahuan sikit kan takde la bodoh bodoh je nanti masa temasya sukan tu. So slot ni pasal latar belakang negara negara ASEAN semua tu and then basic knowledge pasal Sukan SEA. Slot ni kena buat hakka tau. Oh lupa sebelum program start masa nak masuk dewan tu pihak penganjur memang dah bahagikan kitorg kepada beberapa buah negara. Aku duk dalam negara Brunei. Masa persembahan hakka ni bapak ah macam nak runtuh meja meja dalam dewan tu. Negara aku cam sendu sikit ah masa buat hakka tu hahaha. Negara Malaysia menang. Yeah Malaysia boleh!

Modul 3: Psikologi Motivasi Sukarelawan Berkesan. Masa slot ni dia bahagikan kepada group yg lebih kecil dan kena keluar dari dewan besar ke dewan lebih kecil. Dalam satu dewan tu kan ada 400++ jadi dalam 40 lebih dalam satu group kecil. Slot ni bagus gak lebih terperinci lah pasal nak jadi sukarelawan berkesan gitu haha dan lebih rapat sesama sukarelawan yang lain. Yela nanti nak kerja satu team kan yihhhh.

Modul 4: Kemahiran Komunikasi Berkesan dan Komunikasi Merentas Budaya. Slot ni paling simple dan paling cepat habis aku rasa haha. Tapi oklah penceramah pun funny.

Modul 5: Komunikasi Dalam Krisis dan Situasi Mencabar. Yang ni best gak fasi mintak volunteer lakonkan situation yang dorang bagi n find the solutions dalam situasi tu. Volunteer pun semua kreatif gak en so memang ketawa jela ko sampai putus urat kentut.

Modul 6: Pembentukan Imej Professional dan Protocol. Macam biasalah ni pasal penjagaan imej professional as a volunteer pastu pasal penampilan diri & kesantunan, kod etika berpakaian. Dan masa slot ni aku rasa aku memang belajar sesuatu yg baru yg selama ni aku buat ikut sesedap rasa iaitu 4P.
1) Pengurusan air muka
2) Pengurusan ofalitik & bauan
3) Pengurusan senyuman
4) Pengurusan kemarahan
Rupanya nak marah ngan senyum pun kena ada pengurusanπŸ˜‚

Modul 7: Tindak Balas dalam Situasi Kecemasan. Ni slot paling bosan aku rasa. Ramai gak yang tidur. Aku taktahu sama ada semua org dah penat sebab ni slot terakhir ataupun memang membosankan. No practical dia just membebel syok sendiri sorang sorang kat depan dengan slides. Hahaha. Tapi time ni aku pun bosan gak dan tak sabar nak balik!

But in conclusion, semua ok je. Penting la untuk pengetahuan para sukarelawan yang malas membaca. Yang buat lagi best kebanyakan slot diaorang akan buat satu game call as Kahoot! Asal bukak kahoot je semua excited nak mampos. Kahoot ni cam siapa cepat dia menang ah. Game tu of course pasal modul yg dorg handle.

So itu jela kot yg mampu aku share dalam latiham umum ni. Masa nak balik putrajaya tu, kebetulan kitorg sempat la berkenalan ngan sorg abg ni duk depan kitorg dalam dewan dan dia duk putrajaya gak. Kawan aku ni jenis peramah gak ngan stranger berbanding aku, ada la gak dorg sesembang sesama then masa nak balik tu kitorg balik ngan abg tu πŸ˜‚ saving duit tambang aku hahaha ok dah bye..








Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All