Tuesday, December 13, 2016

Volunteer Zoo Negara


So 11 December 2016 (ahad) aku pergi buat volunteer kat zoo negara ngan Tyra. Kitorang decided nak jumpa je kat KL Sentral hari sabtu petang then malam tu tidur je kat memana 😂 sebab nak daftar volunteer kat zoo pukul 8 pagi esoknya. Mana pulak nak dapat public transport kalau nak gerak pepagi dari Putrajaya. Takut tak sempat. 

Aku jumpa Tyra kat chatime pukul 6 petang camtu then terus g makan kat ayam penyet express sebab pompuan tu teringin. Masa makan tu baru kitorg bincang apa nak buat malam tu tunggu esok pagi haha. So Tyra ajak tengok midnight movie. Kitorg memang habiskan malam tu kat nu sentral je sebab aku saving taknak check in memana hotel. Lepas makan, beli tiket wayang pastu solat maghrib tunggu isyak terus. Then jalan jalan dalam nu sentral masuk satu kedai ke satu kedai. Gigih betul. Pastu makan lagi tunggu movie start pukul 11.45pm. Habis movie pukul 1 lebih camtu mall dah tutup kitorg taktahu jalan nak patah balik ke kl santral balik 😂 masa tu macam orang bodoh bincang sendiri nak ke mana. Lambat lagi nak pagi ni. Then tanya sorang akak yang dok perati kitorang dari tadi 😂😂 dia bagitahu jalan nak masuk kl sentral balik. Oh lupa nak bagitahu masa tu aku pakai heels (tak la tinggi sangat tapi aku tak biasa) jauh jugak jalan nak masuk kl sentral balik. Aku dah stress sebab tak bawak sport shoes ada satu kasut je kat putrajaya yang lain semua kat kampung. Sakit kaki takyah cakap la. Kalau boleh aku nak jalan berkaki ayam! Then dah masuk kl sentral kitorang lepak mcd. Tengah syok lepak sambil aku dok melayan mata ni. Ada la sorang makcik ni kan.... Dia duduk dekat ngan kitorang. Kebetulan masa tu Tyra baru balik dari atm, dia terus cakap ngan aku masa dia kat atm tadi makcik ni pun ada gak. Dok perati dia. Masa kat mcd ni pun dia dok pandang pandang usha usha kitorang. Aku dah cuak dah. Pastu aku pun ajak ah Tyra blah, masa kitorang nak bangun tu,
Makcik tu cakap,  "burger daging dah habis dah, tadi tanya dah habis, taktahu la kalau tetibe ada ni".
Aku dah pelik dah. Pahal en. Kitorang nak lari dari kau bukan nak g beli burger. Tapi kitorang buat bodo je tak cakap pape terus blah. Naik atas kat belah kfc tu ramai gak orang tapi semua tidur cam seram sikit nak duduk situ. So kitorang main main jap kat atas tu lama sikit baru turun ke mcd balik. Cuak gila masa tu takyah cakap ah. Takut makcik tu ada lagi. Tempat dah sedap dah. Kitorang datang balik kat tempat kitorang duduk tadi tengok makcik tu dah blah. Usha gak kat tempat duduk lain, takde. Mana tah dia pergi. Entah entah jelmaan nenek kebayan. Hahaha. Then duduk balik aku pun tertidur kat kerusi meja mcd tu sampai 5 pagi. Ramai je orang lepak tidur kat situ sampai subuh. Takde la seram sangat sebab mcd situ 24jam. 

Then dah subuh aku ngan Tyra g surau. Dah siap tu masa kitorang nak keluar tengah pakai kasut jumpa lagi makcik tadi. Dia siap dah tukar baju siap pakai gincu. Dia nampak pelik tapi entahlah kita takleh nak bersangka buruk sangat. Bersangka baik pun takleh gak haha. 

Dalam pukul 6.30 pagi camtu kitorang naik lrt dari KL Sentral ke stesen Wangsa Maju. Sampai sana dalam 7 pagi terus g breakfast kat kedai area stesen lrt tu je. Nasib kitorang baik,  ada bas rapid KL kat situ yang kebetulan gerak pukul 7.30 pagi lalu kat zoo negara. Tambang RM1. Sebelum ni Tyra pernah pergi zoo naik public transport dan dia taktahu ada bas lalu zoo so dia naik teksi dari lrt Wangsa Maju ke zoo charge RM10 mahal sia. Padahal dari stesen lrt nak ke zoo tu dalam 5-10 minit je. 

Sampai je zoo kitorang terus masuk then pergi kat kaunter tiket. Volunteer kena bayar RM21. Normal price untuk adult masuk zoo RM44. Masuk je dalam tengok semua volunteer dah siap semua pakai baju. Pelik gak masa Tyra call zoo nak jadi volunteer,  Tyra ada tanya dapat baju tak. Dia kata takde baju. Dah lama sikit baru kitorang dapat tau yang pakai baju hijau tu under organizer. Kitorang takde under sesape just datang terjah nak jadi volunteer je haha. Tapi nak masuk group dorang pun boleh, bayar RM35 dan dapat la baju volunteer group dorang yang warna hijau tu. Aku rasa macam membazir so aku tak join dorang pun walaupun dorang asyik ajak je. Kisah plak en. Kita datang asing asing kot haha. 

So aku dapat satu group ngan Tyra dan dua orang lagi stranger yang pakai baju hijau tu la haha. Kitorang dapat kat bahagian showing area. Tempat singa laut burung kakak tua semua tu buat persembahan. Zookeeper semua sporting naharam kau buat kerja pun takde la rasa nak menyumpah en haha. Kerja dia bagi pun leklek je just sapu sampah sikit kat bahagian pentas show area tu. Pastu dah siap tolong sorang zookeeper ni Abang Hafiz bersihkan kandang. Dalam kandang tu ada kucing, rakun,  binturung, memerang. Siapa tahu binturung tu apa? Kucing + beruang 😂 besar gila gais. Aku tengok pun takut. Garang plak tu. Kitorang just siram siram air berus berus sikit je yang lain semua abg hafiz buat. Takde pun kena bersihkan najis dorang bagai. Kerja senang je dia bagi. Huhu. Dah siap semua dalam pukul 10 kitorang boleh rehat g makan. Pukul 10.45pagi dia suruh datang balik kat showing area sebab pukul 11pagi ada show kat situ. 

Show tu dia buat setiap hari pukul 11 pagi ngan 3 petang. Ada la dalam sejam persembahan tu. Lepas habis show kitorang tolong dorang kemas kemas apa yang patut then sapu sikit then lepak borak borak jap ngan dorang dalam pukul 12.30 tengah hari kitorang dah boleh blah dah. Volunteer ni half day je. Tapi nak full day pun boleh kot. Sebab diorang suruh kitorang buat separuh hari je kitorang terima jela huhu. 

Lepas dah habis buat volunteer kitorang jalan jalan pusing zoo jalan kaki. Naik tram pun boleh. Kitorang pergi tempat panda gergasi tu. Jauh naharam. Nyesal tak naik tram dah la asyik sesat je. Balik tu pun sesat jugak sakit kaki aku. Kitorang keluar zoo dalam pukul 2 petang then tunggu bas rapid KL nak g lrt wangsa maju. Lama jugak tunggu bas dalam 45minit camtu aku dah bengang dah time tu dengan lapar tak makan lagi makan breakfast je roti canai dua keping. Sampai je kat stesen lrt dalan pukul 3 terus g lunch kat tempat kitorang breakfast pagi tadi. Sedap pun sedap. Murah pun murah. Apa tah nama kedainya tak tengok pun. Bebetul sebelah stesen lrt tu. 

Pukul 3.30 kitorang naik lrt dari Wangsa Maju ke KL Sentral. Dalam setengah jam tu. Tambang RM3.50 je. Sampai je KL Sentral aku ingat nak naik erl je sampai Putrajaya sebab aku dah penat nak mampos pikir nak cepat sampai nak tido je ni tetibe time aku punch kad touch n go aku dia tak terima plak. Aku pelik ah rupanya nak punch kat KLIA Transit tu kena ada RM20  😒 dan dalam kad aku time tu ada RM19 😒 Sakit betul hati kite ni. Naik erl dari kl sentral ke putrajaya RM14. So aku give up aku taknak topup kad touch n go, aku decided nak naik bas walaupun aku taktahu nak naik bas g putrajaya tu kat mana. Tyra plak malam tu dia nak check in hotel je sebab taknak balik rumah. Nasib aku baik aku dapat pujuk dia ikut aku balik putrajaya tidur kat rumah aku. Ada la teman nak cari bas haha. 

So kitorang naik lrt balik g pasar seni. Kat pasar seni tanya tanya orang kat sana dorang kata bas nadi putra yang g putrajaya kat kotaraya. Ko bayang kan aku ngan Tyra tak pernah g kotaraya tapi kitorang gigih jalan kaki dari pasar seni g kotaraya cari bas. Jauh jugak dah la kaki aku memang sakit sebab pakai heels kena plak jalan jauh. Sampai kotaraya bas yang di gempar gembur kan takde pun. Aku tanya la orang kat kaunter bas apa tah en dia kata kat belakang. Kitorang jalan lagi ke tepi g belakang plak baru jumpa bas tu pun dah jalan. Aku kejar. Then ada sorang foreigner tahan bas tu dia berhenti then aku ngan Tyra cecepat naik. Dah penuh beb. Kitorang berdiri bebetul depan pintu bas. Kaki aku yang dah sedia sakit makin sakit rasa nak cabut tukar kaki baru. Nak nagis weh sakitnya. Setengah jam jugak dari KL nak g Putrajaya. Kitorang sampai rumah pukul 5 lebih camtu nasib baik bas tu lalu depan rumah aku. Kalau tak kat Putrajaya Sentral kena naik bas lain. 

Lepas maghrib tu aku ngan Tyra terus tidur weh penat sangat 😂😂 Tapi bila lagi en nak dapat pengalaman camni. Best kot. Tazabar nak cerita kat anak anak aku nanti kahkahkah bye. 
Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All