Monday, December 12, 2016

new life....

Hidup ni sentiasa dipenuhi dengan benda yang kita tak pernah jangka kan? Yela baru je beberapa bulan lepas aku update pasal sambung belajar, pasal housemate dari neraka yang menyakitkan hati, pasal assignment berkajang kajang yang kena stay up sampai seminggu nak siapkan. Tup tup harini dah cerita lain pulak.

Kawan kawan, aku dah berhenti belajar. Bulan 6 haritu aku dah start cuti sem 2 bulan then aku kerja kat satu restoran kat Sekinchan. Keputusan nak berhenti belajar pun aku decided last minute dua minggu sebelum semester kolej bersambung.

At first, yes I admit aku dah suarakan niat nak berhenti belajar sebelum final exam lagi, tapi ibu aku pujuk pujuk suruh lepaskan dulu semester ni sebab dah bayar en. Hati aku time tu memang dah kosong sekosongnya sebab aku nak kerja. Tak sanggup dah nak belajar, sebab nak kena guna duit banyak :( kena ikat perut pastu nak buat assignment pun kena guna duit banyak. Come on student ni nak makan pun takde duit apatah lagi nak kena buat assignment yang memerlukan kita untuk keluar dan pakai duit. Nak mintak parents tak sampai hati, tak mintak kang tak dapat buat assignment tak dapat markah, fail exam. Jadi satu satunya cara nak dapatkan duit selain mintak kat parents ialah mintak kat Cukek iaitu abang aku sendiri. Satu benda bila aku cakap pasal Cukek yang akan buat aku sebak ialah dia tak kan pernah kata 'tak boleh' pada aku walaupun time tu dia cuma ada rm2 je dia tetap akan bagi rm2 tu pada aku sedangkan dia tidak punya apa apa langsung dah. Bawah aku ada 4 orang adik lagi yang tengah bersekolah aku takkan menadah tangan pada abah so aku memang bergantung belas kasihan Cukek sorang je. Alhamdulillah aku dikurniakan abang yang sangat bertanggungjawab even time tu aku kerja pun dia tetap tanya "ada duit balanja tak". Gosh I cried. May Allah bless you abang.

Sorry aku dah melalut panjang. So I decided untuk berhenti kolej sebab aku takde duit dan taknak menyusahkan orang. Menipu la parents family semua tak marah bila kau nak berhenti tiba tiba tapi aku peduli apa aku ada alasan aku sendiri dan aku nekad. Gaduh la jugak ngan abang kesayangan aku tu, tapi aku sedar sampai bila dia nak tanggung aku je diri dia sendiri pun tak tertanggung. He's only 23. He deserve a life and happiness. Asyik nak happykan adik adik diri sendiri penat lelah siang malam kerja but has nothing. Tapi aku dah 'ter'janji ngan Cukek bila aku kerja nanti aku buat pjj....... But now.....

Okay lah cerita pasal kerja pulak, masa cuti sem kan aku kerja kat restoran, so aku ingat nak kerja je kat situ sambil kumpul duit then baru cari kerja lain. Sambil sambil tu aku ada la jugak hantar resume kat kat beberapa tempat. Even kelulusan aku stpm je pun kan. Peluang pun cuma datang sekali, satu hari tu aku nampak kawan sekampung aku post iklan kerja kosong. Kerja taska. Bila aku bincang bincang balik ngan ibu dia kata kerja kat taska ni banyak kelebihan lagi senang nak kumpul duit, rumah disediakan makan dia bagi. So kat situ duit tak banyak guna sangat. Disadvantage dia pulak, kerja susah gaji ciput. Yela manada kerja senang pun kan. Aku pun macam ok kot kan. Restoran aku kerja tu pun ok jugak aku jadi waitress je amik order hantar order dari pukul 7.30am sampai 4pm. Tapi biasalah kedai makan mental fizikal kena kuat sikit haha. Penatnya nauzubillah.

So aku decided nak kerja je kat taska tu walaupun aku bukan suka sangat ngan budak dan takde pengalaman langsung jaga budak budak. Taska tu kat putrajaya dalam bangunan Kementerian Kewangan Malaysia. Jaga anak staff kementerian tu la. So now dah nak masuk 3 bulan aku kerja kat taska ni.... Alhamdulillah everything goes well. Cuti dua hari sabtu ahad pun aku dah rindu kat budak budak ni hahaha.

Nak pulak kawan sekampung yang aku ikut kerja kat taska ni ada transport sendiri so setiap minggu ulang alik sekinchan - putrajaya haha. Dia anak tunggal biasalah. So sabtu ahad aku buat part time kat restoran yang aku kerja tu. Dapatlah duit poket sikit. Alhamdulillah my life gettin' better now dah ada duit gaji sendiri boleh bagi family setiap bulan. Boleh tolong abang sikit sikit jugak. May Allah bless our life 🙏


Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All