Wednesday, July 31, 2013

22 ramadhan :D

Assalamualaikum rakyat bumi :D
Selamat hari keduapuluh dua berpuasa.

Seronok kan dah nak raya ? tapi masa zaman kekecik dulu memang la tersangat eksaited. makin tua makin banyak benda nak kena fikir jadi ke-eksaited-an raya pun dah semakin berkurang -,-

Harini hari last exam. exam la sangat. jarak meja ke meja pun dua jengkal je -,- sebab budak kelas aku seramai 40 orang. jadi tersangat sempit kelas yang kecik tu -,- 
last paper harini ; sastera.
bestpreng tanya : "man, sastera senang tak ?"

aku : "SENANG SANGAT. buktinya buku pun aku takde".

sila gelak k. aku buat lawak.

sastera lebih kurang je dengan komsas yang kita buat masa form 5 dulu. cuma lebih mendalam lagi.

soalan bocor tadi : "Apakah fungsi pantun tersebut"

tapi wa cakap sama lu, yang susahnya classmate guwa cakap sastera ni takde buku rujukan -,- acane tu ?  semua benda nak kena dengar apa cikgu ngajar. masalah aku sekarang, bila cikgu banyak cakap je kat depan, mula la syaiton syaiton nak bergayut kat mata aku huh -___-

Detol cakap tadi trial 7/10. Final 19/11. Whoaaaa cepat gila. aku still terhegeh-hegeh lagi nak baca semua-semua tu hm -,-

Setiap hari aku berazam nak ubah sikap aku hm. Tapi kata orang, kalau dah tu je yang kita buat hari-hari lelama dah jadi darah daging. eh yeke ? haha. tapi memang la semua kita dah terbiasa dan susah nak ubah rutin hidup kita, tapi *berapa banyak tapi dah ni* haha lantak. tapi tak salah kan kalau kita niat ubah diri sendiri ke arah lebih baik even sekecil kuman pun kita dapat buat. 
ayat aku berterabur k.

 Tak semangat la nak balik raya. Dah la duit cukup-cukup makan je huh. sesiapa yang baik hati tu tolong lah baik-in aku duit seratus dua hihi. *dah macam peminta sedekah* 

ugh serabut sangat. memacam aku fikir. dah la esok bebudak kelas sepakat tak nak datang sekolah. k aku sorang je sekolah k -,- aku pun malas gak sebenarnya tapi tadi Tiche Atika sebagai guru kelas telah menyampaikan berita yang sangat mendukacitakan aku iaitu aku diberi surat amaran pertama kerana dah 11 hari tidak berturut-turut tidak hadir ke sekolah. sedih bukan ?  aku pun pelik, entah bila aku ponteng, aku rasa aku la manusia paling suka datang sekolah. jelly k. terpaksa la merajinkan diri manayang muka kat sekolah esok hm.


 "Perempuan memang suka tengok lelaki yang hensem, tapi belum tentu yang hensem tu akan menjadi pilihan dia untuk dia buat teman hidup :)" - Ustaz Najdi.

 Saya rindu bebek saya. Kacop saya. Detol saya. Najeh saya. Tyra saya. Semua busy sekarang :( Semua belajar jejauh. I miss us. Rindu nak berpuding-puding hm :') kat hostel je daapat buat semua tu kan ? hm. Saya rindu nak bergosip ngan kacop sampai pukul dua-tiga pagi sambil makan biskut hup seng cicah air milo pakcik amran. hiks :D


"sedikit sebanyak hubungan baru akan membelakangkan hubungan yang telah sedia terjalin."
   

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All