Wednesday, September 25, 2013

hopeless


“ I hate to turn up of the blue uninvited,

But I couldn’t stay away I couldn’t fight it,

I had hoped you’d see my face,

And that you’d be reminded for me is isn’t over “



Bila kita susah baru kita tau siapa kawan kita kan ? Kesedaran disini. Tak semua kawan nak berkongsi kesedihan dan kesusahan kita. Tapi mereka akan sentiasa ada untuk kita disaat kita bergelak ketawa.

Aku memang jenis suka memendam dan menjerukkan perasaan aku sendiri. Tapi bukan sepanjang masa aku dapat buat macam tu sebab kekadang kita akan rasa, kita perlu meluahkan. Tapi sejauh mana aku cuba menyorokkan dan menafikan….sebanyak tu jugak aku tak mampu luahkan. *faham ke ayat aku ? kahkah. Amik sastera katekoo.

Sebenarnya aku malas nak merajinkan diri aku mengupdate benda ni….tapi atas permaintaan ramai, aku cuba mengagahkan tulang belulang aku untuk menaip jugak. Kahkah bajet tak ?


Nak cerita pasal Encik Jodoh aku tu……..hm sampai sekarang masih takde perkembangan lagi. Sedih bukan ? Aku segan gila nak tegur dia kut. Sebab suka. Kalau ngan bebudak laki yang aku kenal selama ni, perangai aku yang tak reti nak malu dan cover volume gelak aku depan dorang, semua dorang dah biasa dah.  Aku bukan nak cover perangai sebenar aku depan Encik Jodoh tapi aku memang automatik malu bila nampak dia. Acane tu ? Kahkah.

Sebenarnya kan hm….. aku rasa macam dah malas nak amik stpm. Exam baru-baru ni pun result nauzubillah. Tapi orang semua cakap normallah first time exam. Tapi aku tau tu ayat nak sedapkan hati je kan. Bila aku terfikir je nak berhenti mesti kecut perut aku macam mana nak cakap ngan abah. Tapi baru-baru ni aku dah menyampaikan hasrat terpendam aku ni kat ibu, harap-harap dia tak bagitau abah lah. Huhu. Ibu cuma suruh aku bertahan untuk tempoh setahun lebih ni je lagi. Bolehkah aku ? Sedangkan abah yang aku selalu kecewakan pun boleh berkorban untuk aku. Tapi aku ? Setakat jauh sikit ngan dorang dah cengeng macam budak kecik. Hm aku serta merta sedih la bila cakap pasal hal ni.

Tapi kan bila fikir-fikir balik, kalau aku masuk kolej pun aku tetap jauh ngan ibu ngan abah kan ? Pastu semua benda nak kena settle sendiri. Kalau aku duduk sini sekurang-kurangnya aku ada makcik aku untuk kejut aku setiap hari pergi sekolah. Aku dah la sejenis manusia yang sangat dan tersangat liat nak tinggalkan katil. Huh. Aku tak pandai berdikari ? Makan kari lagi aku tak pandai ! kahkah. K. Tapi aku 4 tahun duduk asrama. Okay je. Happy je. Luaran je kot. Dalam hati jantung pedal aku semua sape tau kan ? K.

Encik Bestpreng pun ada membebel kat aku

“ Stpm susah ? Abis belajar kat kolej senang sangat la ?  Sekarang kau cuma amik 5 subjek je. Cuba kau tanya kawan-kawan kau kat U tu…bape banyak subjek dorang amik ? Bape lama dorang belajar ? “


Susahnya nak terima hakikat.

Aku ni hidup dalam keterpaksaan ke ?




HOPELESS,
Aiman Nordin.




 
Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All