Sunday, March 23, 2014

Si Penakut



Rasa macam lifeless sangat harini. Macam takde kerja langsung kan kau Aiman. PBS yang berlambak tu siapa nak buatkan ? Tu macam bertekad nak update blog ni. Okay takde kena mengena.  Tapi ada la jugak rasa macam dah buat benda berfaedah sikit harini. Berfaedah ke ?  haha . dah nampak kan tajuk tu ? okay now nak cerita pasal aku dan kau punya pasal nak baca ke tidak. Sesiapa yang dah kenal aku, diorang akan cakap aku penakut. Sebab aku akan lintang pukang lari bila nampak ‘binatang buas’ iaitu binatang-binatang yang menakutkan seperti kumbang, lipas, tembuan dan yang seangkatan dengannya. Aku pun tak pasti kenapa aku takut sangat dengan ‘dorang’. Nak kata geli, macam tak je. Nak kata ada pengalaman pahit dan manis dengan ‘dorang’ pun takde. Ugh yang penting aku takut.  
 
Pernah tau masa duduk hostel dulu, ada kelas malam kat sekolah, tengah syok syok belajar Bahasa Arab ( aku ingat tau sebab time tu Ustaz Jumadi yang tengah mengajar ) ada seekor kumbang datang bertembangan dengan riang ria dekat ngan lampu. Mata aku pun terus zappp usha mana ‘dia’ nak pergi sambil get ready kot kot ‘dia’ datang dekat ngan aku senang aku cecepat lari selamatkan diri. Then aku rasa keadaan macam dah terkawal sikit aku tumpukan perhatian balik kat ustaz (kononnya) tetibe terkejut gila aku bila kumbang tu dah ada kat lampu yang atas aku. Aku pun ape lagi terus lari kat tempat membe aku yang dekat ngan pintu  pastu kumbang tu ikut aku. Macam nak balas dendam macam aku ada bunuh kerabat dia kau tau. Then aku lari keluar dari kelas ikut pintu belakang. Suka hati mak bapak aku je kan padahal Ustaz tengah ngajar tu dalam kelas. Terganggu la jugak seisi pembelajaran dalam kelas time tu. Pas aku dah keluar tu aku pun masuk kelas ikut pintu depan sambil senyum senyum dengan harapan kumbang tu dah keluar setelah beberapa saat aku berada di luar kelas. Sekali aku masuk baru nak memanjangkan harkat senyum aku, kumbang tu ada kat depan kelas ! Aku terus lari cecepat pergi duduk tempat aku sambil kepala benamkan kat paha Sarah (duduk sebelah aku). Masa tu aku rasa aku macam mengigil sikit tau. Kau nampak tak betapa takutnya aku dengan binatang buas tersebut. Tak lama lepas tu baru kumbang tu blah. Nak cakap ‘hai’ kat aku pun takyah lama sangat la kot. Sampai aku rasa nak menangis tengok kau berterbangan riang kat lampu lampu tu. 

Lagi satu biasalah duduk hostel kan toilet tak sah kalau takde binatang binatang buas tu. Aku kalau nampak je mulalah terjerit jerit gedik bagi satu aspuri dengar okay haha. Pastu kena marah ngan exco sebab bising mulalah nak ngumpat ngutuk belakang haha kbye. 






Stress la tengok lelaki handsome. Dan rasa nak nangis tengok lelaki psycho. Seram weh. Serious.

Aku : “ panas la ”

Hadi : “ banyak dosa la tu ”

Aku : “ dah 2014 pun kau cakap macam tu lagi ? ”

Hadi : “ habis tu 2014 cakap ayat apa ? ”

Aku :  HA HA HA =..= asdfghjkl la kau ni


Tu bukan contoh lelaki psycho. Itu lawak okay. Serious. Kekadang lelaki pendiam sekali dia bercakap memang pedas plus deep plus sentap. Hm. 


Ehem result sem satu stpm dah keluar lama dah dulu, okay laaa aku pun tak expect dapat 2b. Happy holidays uolls. Ada pbs nak kenakan siapkan cuti ni. Masa berjimba perlu dikurangkan hm. 



“School may be hard, annoying, and irritating. But admit it, you’re going to miss it when it ends.”

Aimanggg


 

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All