Monday, May 9, 2016

dah ada life

Assalamualaikum and good  morning everyone !

ahh rindunya nak meluahkan perasaan kat blog. Banyak nak cerita sebenarnya ni tapi tak tahu nak start dari mana huhu.

Okaylah first, I admit aku lupa lupa password dan aku juga lupa email yang mana aku guna kat blog ni kakaka tapi berkat kegigihan seketul aiman, dan ni lah hasilnya, aiman berjaya :)

Kesinambungan dari entry sebelum ni yang bertarikh 23 Mac 2014 dan sekarang pun dah 9 may 2016 kan, aku tak pernah update apa apa pun sepanjang 2015 wow eleh sebab masa tu ada life busy sikit jadi hamba kepada duit yang kekadang masa untuk diri sendiri pun takde ceh poyo nya padahal bila cuti kau tido je tak reti nak bangun kan ? haha. Okla aku berjaya juga menghabiskan tingkatan 6 dengan jayanya dan alhamdulillah result stpm juga tidak mengecewakan tapi bukan rezeki aku untuk mendapat tempat di universiti awam hm. Sedih memang ah sedih siapa tak sedih en sebab I work my ass for stpm tapi takpelah ada hikmah en mungkin kalau aku dapat masuk u aku takleh go on ke siapa tahu en.

Habis stpm aku kerja setahun la jugak kat Yisheng Hardware Kg Melayu Subang. Tempat yang dah bagi aku pengalaman pertama bekerja dan duduk sendiri jauh dari keluarga. Memula ye la manja sikit duduk ngan Cukek kat Rawang pastu dia terpaksa ulang alik Rawang-Subang-Gombak hari hari hantar amik aku dan g tempat kerja dia. Dan seorang aiman yang tak suka menyusahkan orang, g cari rumah sewa kat area Subang Perdana dan duduk kat situ ngan orang yang baru kenal seminggu haha. Dua orang Kelantan dan sorang Terengganu yang I cant brain macam mana aku boleh kenal dan tinggal sebumbung dengan perempuan yang naharam pengotor. Nak kata kecik semua tua bangka dah patut ada anak lima dah tapi tu lah hmmm. Sorang aku kenal kat tempat kerja lagi dua orang perkenalan yang tidak sengaja yang sangat panjang kalau aku ceritakan, akak akak Airod yang poyo tapi bangang. Harap pasni aku tak jumpa dorang dah haha tobat nak. Banyak la jugak dugaan duduk kat rumah tu yang akan aku simpan cerita tu untuk anak-anak aku nanti kakakaka.

Tempat kerja....so so la nak kata tak best, best la jugak tapi takde la best sangat hahahaha boss yang fussy naharam, adik boss yang memahami tapi panas baran, anak big boss yang senang kena buli, kerani yang scary, head department yang bajet bagus, manager yang sporting, member2 yang memacam warna perangai dan yang paling penting supplier2 and customer2 yang handsome bhahahahaha. Weh rindu ah tetibe. Pengalaman yang aku kira sangat berharga untuk aku sebab aku datang sana zero taktahu apa apa tak pernah kerja, dari menggigil tangan jadi cashier, first time pegang duit cash banyak pergh sampai aku dah mahir serba serbi kat cashier tukar department jadi sales asisstant belajar tangkap customer yang dari sekecil kecil sale sampai ke sale besar. Dari bangang nak mampos sampai dah boleh jual barang puluh ribu. From zero to hero ah gittuww haha. Terima kasih manusia-manusia sekalian atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan yang tak mampu aku bayar dengan wang ringgit. Pengalaman dan ilmu pengetahuan yang aku kutip yang akan aku bawak sampai mati dan semoga ilmu ini juga aku mampu beri manfaatnya kepada orang lain.

Okay habis form 6, habis rumah sewa, habis tempat kerja now jeng jeng jeng kehidupan yang aku tengah lalui sekarang...kehidupan yang aku sangka mudah pada awalnya tetapi hakikat sebenar sebenarnya.... hanya Tuhan yang tahu. Sekarang baru sem 1, aku ada lagi empat tahun nak hadap benda ni, nak hadap assignment yang sebakul, event yang berjela, kuiz yang berkajang, dan kawan2 yang aku baru kenal yang kebanyakannya juga aku masih belum nampak watak sebenarnya. Dan yang paling penting macam mana aku boleh terjebak untuk ambil kos Pendidikan Awal Kanak-kanak dimana semua orang tahu seorang aiman memang tidak sukakan budak budak. Ibu tak mendesak tapi aku tahu deep inside her heart dia nak aku dengar dan ikut cakap dia. So here I am now. Sedang menuntut dengan gigih di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak Damansara Damai. Geli plak aku baca perkataan gigih tu hahaha okaylah aku tengah cuba menyesuaikan diri aku la ni dengan environment kat sini dengan life kolej yang dikatakan sangat mencabar. Tapi masa kerja pun banyak cabaran gak en? huhu tapi tu la susah zaman belajar, susah lagi zaman bekerja. Hampir 4 bulan kat sini banyak jugak la aku belajar eh mestilah la banyak dah datang nak belajar kan hek eleh. Tapi pengajaran paling besar bila mana aku mampu nak menggunakan sikap pergi mampos bila kawan kawan kau yang tak berapa nak kawan pun asyik pentingkan diri dan nak kau ikut setiap telunjuk dia. Boleh pergi mampos sekarang eh? Sebab aiman is an introvert dan memang tak boleh masuk sekepala dengan orang macam ni huhu sekian terima kasih.

Kekadang bila kita dah jauh tinggalkan benda tu kita mesti rindu nak lalui balik en. Tapi takpe benda ni normal, ni fasa kehidupan. Dulu masa sekolah tak sabar nak habis sebab tak tahan duduk hostel. Sekarang dah dapat peluang lain, tak tahan perit jerih belajar rindu nak kerja nak pegang duit banyak dapat makan sedap-sedap berlibur setiap hujung minggu. Tabahlah aiman, fasa ni masih panjang untuk kau lalui masih banyak yang perlu kau kutip dan terokai, demi selautan ilmu.

Haritu aku ada baca satu buku ini, buku Pendidikan Pembangunan Modal Insan tulisan Azhar Hj Wahid & Zawawi Jahya. Dalam tu diorang ada quote pasal satu cerita lama tentang Rusa dan Singa yang aku kira menarik perhatian aku untuk aku kongsikan disini,

Setiap pagi tatkala matahari memperlihatkan wajah merahnya di kaki langit, Rusa bangkit dari tidurnya lantas berazam untuk, “aku mesti berlari sepantas mungkin, lebih pantas daripada Singa yang tepantas, atau hidupku akan berakhir hari ini dibaham Singa”. Singa juga bangkit setiap pagi dari tidurnya dengan azam, “aku mesti berlari pantas sekurang-kurangnya lebih pantas daripada Rusa yang paling lemah, atau aku hari ini mati kebuluran”.

Menurut buku itu lagi, dalam kehidupan ini kita bukannya memilih untuk menjadi Rusa atau Singa tetapi memilih untuk bertindak dan berharap, ataupun juga berharap sambil bertindak. Mereka yang sentiasa bersedia untuk bertindak dan bertindak untuk berusaha pada bila bila masa pada setiap kesempatan akan sentiasa pula mengharapkan tertunainya harapan.

First time aku tulis panjang berjela gini hahaha okbye.
Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

Followers

Mr. Know It All